Assalamualaikum
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi segalanya dipermudahkan urusan majlis pernikahan dan majlis resepsi Nur Aisah & Mohamad Taufiq pada 31 Januari & 1 Februari 2020.
Sebelum itu, aku akan ceritakan sedikit persiapan sebelum majlis. Untuk majlis pernikahan, aku dan keluarga memilih untuk buat di rumah. Ini permintaan keluarga kerana majlis resepsi aku memilih untuk buat di dewan. Jadi aku kena akur dan tunaikan hajat kedua ibu bapa.
1 TAHUN SEBELUM MAJLIS:
Perkara perlu dilakukan adalah menempah dewan/ tempat majlis resepsi kerana zaman sekarang dewan menjadi pilihan ramai pasangan. Mengapa?
Alasan pertama, bila kita buat majlis di dewan rumah kediaman lebih selesa untuk keluarga yang datang dan keadaan selepas majlis tidak huru-hara. Maaf sekiranya pendapat ada sesetengah orang tidak boleh terima. Zaman sekarang tidak boleh disamakan dengan zaman ibu bapa kita yang menggunakan semangat rewang. Zaman sekarang selepas majlis daripada saudara mara hinggakan sahabat handai semua akan bawa diri masing-masing dan mereka akan ada komitmen yang perlu dilaksanakan pada esok hari. Kebanyakkan saudara mara bukan duduk atau tinggal berhampiran dengan keluarga kita.
Alasan kedua aku adalah, kudrat ibubapa aku yang aku ingin mereka rasa bahagia bukan rasa penat & melarat kepada kesihatan mereka.
Alasan ketiga adalah menggunakan konsep rewang lebih banyak 'hidden cost' yang mungkin terlepas pandang. Kalau kira jumlah tetamu pada hari majlis. Sebelum majlis terjadi confirm ada tetamu/ jiran yang datang untuk rewang, takkan kita tak sediakan makanan. Aku adalah berketurunan jawa. Orang jawa sangat menitikberat hal makanan kepada tetamu. Jangan pernah sesekali buat tetamu pulang dengan perut kosong. Dalam Islam juga kita diajar untuk menghormati dan meyantuni tetamu.
8 BULAN SEBELUM:
Survey bridal yang akan menyediakan pelamin dan sepersalinan korang semasa nikah/ sanding. Korang kena bijak dalam memilih, sesungguhnya mereka bijak bermain harga dengan pasangan pengantin. Disamping itu, korang kena pastikan mereka adalah trusted bridal supaya nak elakkan korang ditipu oleh sesetengah syaitan yang bertopengkan manusia.
Pakej yang aku ambil sangat berbaloi. Untuk orang Johor Bahru aku recommend sekiranya korang tercari bridal yang bagus seperti Anew Wedding Gallery. Pakej yang aku ambil adalah Pakej Dewan Combo (Platinum).
1 tahun sebelum majlis juga pasangan di minta untuk survey dan kaji selidik katering. Orang berketurunan jawa macam aku ni kena jaga deekk bab makan. Pastikan makanan sedap dan banyak kalau tidak 10 keturunan orang bercakap. Namnun, jangan difikirkan apa kata orang. Tekak orang beza-beza cuma pastikan katering anda katering dipercayai dan jumlah order anda sama.
Untuk majlis resepsi, aku menggunakan khidmat De'Eza Catering, Pontian. Korang boleh google atau cari di FB dan instagram mereka. Makanan sangat sedap dan segalanya cantik teratur sehingga selesai majlis. Kebersihan sangat dijaga oleh mereka. Makan beradap mereka sumpah sedap!
6-3 BULAN SEBELUM:
Untuk pasangan disetiap negeri berbeza cara pengendalian pihak Pejabat Agam Islam. Korang boleh refer pada portal pejabat agama negeri masing-masing untuk setiap SOP. 6-3 bulan sebelum ini adalah masa sesuai sekiranya korang yang masih tiada sijil pra perkahwinan untuk buat dan daftar nikah dalam portal online untuk orang Johor. Sediakan segala dokumen yang diminta oleh pihak pejabat kadi. Pastikan semuanya sah dan mendapat tandatangan seperti yang diminta.
Untuk lelaki/perempuan bujang sekiranya ingin dapatkan perakuan bujang boleh dapatkan di pejabat daerah negeri masing-masing dan pastikan korang bawa ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik untuk menyatakan status anda.
2 BULAN SEBELUM:
Mana-mana pasangan boleh persiapkan baju nikah sekiranya ingin menempah dan menyimpan baju nikah sebagai sentimental value. Jadikan kisah aku sebagai teladan dimana aku menghantar baju pada seorang makcik yang aku percaya, namun kepercayaan aku punah. Hampir 6 bulan kain yang aku hantar terperap buat pekasam. Bulan 12 aku tanya masih tak bergunting kain aku. End up aku ambil semula dan aku cari tailor lain. Sumpah aku katakan makcik tu betul menyusahkan orang.
Nasib aku baik, dan syukur. Aku jumpa seorang tukang jahit di instagram. Butiknya di Kluang. Instagramnya @hera.my . Hari pertama aku bertanya, hari itu juga aku hantar kain dan ukur badan kerana masa sangat suntuk. Namun, owner hera.my sangat bagus. Fashion designer muda yang dapat siapkan baju sis dalam masa tidak sampai 1 bulan sahaja. Semoga perniagaan beliau akan maju kerana memudahkan urusan orang lain.
1 BULAN SEBELUM:
Sebulan sebelum adalah waktu kritikal banyak perkara korang selesaikan. Follow up semua vendor korang dari bridal, catering, makeup artist, baju nikah, dan sebagainya. Serta sediakan balance payment dan serahkan kepada adik beradik yang boleh ditugaskan dan inform mereka seawal mungkin segalanya supaya mereka tidak tercengang di hari kejadian.
1 MINGGU SEBELUM:
Persiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Jaga kesihatan dan jangan stress supaya tidak jatuh sakit semasa hari kejadian.
Tips yang aku boleh berikan banyakkan solat hajat dan taubat untuk dipermudahkan segala urusan.
Mari kita belanja gambar sikit yang diambil oleh @napie_photography team. Mereka sangat sporting dan shoot angle mereka semua cantik-2.
Terima kasih semua sudi membaca. Doakan kami berdua bahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan kami serta dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas langitNya.