Assalamualaikum
Pulau Mersing adalah tempat pelancongan yang kini menjadi tumpuan dan semakin popular kerana air laut yang biru seperti di Maldives dan kawasan yang sangat indah dan pakej kebanyakkan berbaloi serta sesuai dengan harga especially untuk aku orang Johor sangat dekat (tak dekat mana pon).
Pakej kali ini aku pergi hanya daytrip sebab cuti tak panjang so saja nak hilangkan bosan dekat rumah. Aku plan dengan cik Tunang dan amik pakej bawah Hazimah sebab sebelum ini aku pernah ambil pakej dengan dia untuk menginap di pulau Mersing juga. Senang berurusan dan pantas.
Ini pakej yang ditawarkan:
8:30 pagi: Berkumpul di Jeti Mersing
9:00 pagi: Menaiki bot dan bergerak ke checkpoint 1: Pulau Sribuat
9:45 pagi: Tiba di Pulau Sribuat (Sarapan pagi & aktiviti santai/ hiking)
10:45 pagi: Bergerak ke checkpoint 2: Pulau Raja/ Maldives Malaysia
11:15 pagi: Bergerak ke Pulau Rahsia (Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Gual & Rawa)
12:00 pagi: Tiba di Pulau Hujung
- Makan tengahhari, snorkeling dan rehat untuk solat)
2:30 petang: Bergerak ke Pulau Tengah (snorkeling dan Nemo point)
3:30 petang: Tiba di checkpoint akhir Pulau Besar (backflip, aktiviti santai dan mandi-manda)
4:30 petang: Bergerak pulang ke Jeti.
Segala pergerakkan mengikut kapten bot dan keadaan cuaca.
Untuk sesiapa yang ingin ke sini ada beberapa cara:
1. Kereta
Korang boleh datang ke Mersing dengan menaiki kereta. Mersing kawasan tidak sesak namun begitu sekiranya anda datang dari luar Johor saya sarankan untuk anda menginap kerana laluan untuk sampai ke Mersing adalah jauh (daerah pendalaman), laluannya berliku serta sukar untuk laju.
Disamping itu, anda semua perlu menyediakan duit bayaran tempat letak kereta iaitu sehari RM15 untuk sebuah kereta. Bayaran ini termaktub oleh Majlis Daerah Mersing dan penguatkuasa mereka rajin yea.
2. Bas
Anda boleh menggunakan perkhidmatan bas. Bas sangat sesuai kerana jimat dari segi bayaran parking serta balik dari penat snorkeling, anda boleh tidur dalam bas kerana perjalanan cukup untuk anda rehat. Cuma anda kena bijak atur masa supaya tidak ketinggalan bot. Harga tiket bas dalam linkungan RM33.00 - RM41.50 sekiranya anda dari Terminal Bersepadu Selatan. Untuk dapatkan tiket bas anda boleh ke REDBUS .
Apa yang perlu dibawa semasa daytrip?
1. Baju ganti nanti pulang.
2. Sabun Mandi
3. Makanan atas bot
4. Roti untuk bagi makan ikan
5. Ubat/ pil mabuk dan minyak angin
6. Baju ganti untuk solat.
So, itu sahaja tips dari aku dan harap dapat membantu korang semua yang ingin percutian yang singkat tapi seronok.
1 comments
ReplyDeleteشركة تنظيف بالقصيم