Assalamualaikum wbt.
Disebabkan hari ini penuh dengan masa lapang jadi aku nak kongsi pengalaman dan sedikit tips untuk melancong bersama kawan-kawan. 21 Jan 2019 yang lepas, cuti Thaipusam aku dan kawan-kawan melancong ke Yogyakarta, Indonesia. Kami pergi seramai 8 orang, 3 orang lelaki, 5 orang perempuan. But, in our group ada married couple so adalah bilik yang kami asingkan. Bagi chance juga kat member.
Untuk pengetahuan semua, tiket kami dah beli 2 tahun awal okay guysssss. Memang awal gilaaa so time tu bayar kat Que sebab dia yang in charge flight dari KL > Jogja > KL. Que tu kawan sis bukan agent pelancongan. Nanti salah faham pulak. Kami pergi ni terjah je negara orang. Masa beli tiket tu, apa jadi semuanya letak tepi dulu, nanti fikir. Nampak sangat perangai tak fikir panjang. Bila dah beli tiket nak tak nak memang kami semua tak boleh nak mengelak dah. Jadi kami akan ada dua tahun untuk standby duit. So, di antara kami ada yang kena cari accomodation, pemandu pelancong, list kan tempat wisata dan aktiviti serta harga tiket. Setahun sebelum pergi, aku yang uruskan accomodation dan aku memilih BeOne House Jogja. Tersangat murah dan selesa! Recommended place! Aku booking 3 bilik iaitu 2 bilik couple, 1 bilik untuk 4 orang.
Penginapan sangat selesa dan services mereka sangat terbaik. Harga RM 975 untuk 4 malam termasuk breakfast. Korang dah boleh jimat. Tapi disebabkan ada hari kami tak dapat breakfast mereka akan gantikan dengan dinner. Disini juga terdapat services dobi, dobi mereka murah dan puas hati wehhh. BeOne House Jogja ini tak jauh dari airport so balik lepas check out kitaorang tak kelam kabut sebab dekat.
Untuk pengangkutan pula, kami mendapatkan perkhidmatan daripada Mas Agus . Sangat baik dan murah. Perkhidmatan kami selama 5 hari dari airport hingga pulang ke airport untuk 8 orang dan menggunakan van yang sangat selesa. Cas yang dikenakan sebanyak RM 740. Korang datang sana dan listkan tempat mana nak pergi nanti Mas Agus akan susun sebab kita tak tahu dari tempat nak ke suatu tempat tu jauh atau tak.
Settle part accommodation dgn transportation. Sekarang aku nak cerita day by day. Satu hari kitaorang dapat pergi 2 tempat sebab one point to another point memang agak jauh. Mostly ambil masa sejam lebih jadi korang puas tidur dalam van. Hari pertama aku ambil flight dari Johor ke KL dan nasib baik tambang murah RM 59 sebab waktu orang bekerja, tiket flight balik dari KL ke Johor pon aku dah beli, cuma RM 39. Sampai di KLIA 2, kami berkumpul 8 orang. Disebabkan tiket flight dr KL 3:30 petang sampai ke Adisucipto International Airport dalam pukul 5:30 petang Indonesia, so kami decide tak pergi mana-2 sebab jet lag lagi. Sampai sahaja di airport kami jumpa dengan Mas Agus, Mas Agus terus bawa kami beli simcard. Harga simcard 125,000 untuk 10GB boleh share 2 orang. Korang buat hotspot dengan member yang boleh ada dengan korang.
Lepas beli simcard, perut memasing kelaparan. Mas Agus bawa kami ke Restoran Lombok Ijo. Kalau sana tak panggil restoran, sana dipanggil rumah makan. The best about this rumah makan, masuk je korang akan dengar alunan muzik seruling, gamelan yang mendayukan. Feeling terok weehhh tenang, lapar semua combine. Kedai makan ni punya sambal hijau dia, PADU!
Hari ke-2: Tentative kami untuk hari kedua seawal 7 pagi. Mas Agus pick up kami untuk terus pergi ke Gua Pindul. Aktiviti Gua Pindul ni adalah untuk Cave Tubing dan Tubing River. Tapi masa kami pergi hujan jadi sungai dia tak biru jernih tapi apa nak buat kami redah juga. Harga tiket untuk dua aktiviti ni RP 160,000.00 .
Bakal-bakal dikorban kan. Hahaha |
Settle Goa Pindul, kami mandi-mandi dan bergerak ke Pantai Timang. Sebelum nak naik gondola tu, kitaorang kena naik Jeep yang bawa kami ke kedai makan lobster. Part makan adalah part makan paling seronok untuk kami semua. Cas 1 jeep RP 350,000/per trip dan tiket masuk ke kawasan Pantai Timang RP 5,000/ sorang. Lobster sini fresh sangat-sangat dan makan dekat sini semua sedap especially sambal dia. Satu set menu yang ada 4 nasi, 2 pinggan lobster, 1 pinggan sotong goreng tepung dan sayur ulaman. Harga untuk satu kepala makan RM50 tapi korang puas tau makan.
Muka penakut |
Muka budak berani |
Nikmat apa lagi yang kau dustakan. |
Masa makan lobster ini adalah 2-3 orang jenis allergic tapi itu semua belaakang cerita wehh. Rezeki macam ni kau tolak, KAU RUGI !!!
Lepas makan, kami gerak ke Pantai Timang untuk naik gondola. Harga untuk naik gondola RP 200,000.00 yea anak-anak. Kalau naik jambatan gantung RP 150,000.00. Pilihan ada di tangan anda semua. Kita belanja gambar okay.
Disebabkan hujan kami beli baju hujan ni RP 10,000.00 |
Hari ketiga kami bergerak pagi untuk ke Gunung Merapi. Untuk ke gunung Merapi dikehendaki menyewa Jeep dan satu trip adalah RP 350,000.00. Kawasan sini nyaman sangat-sangat. Kitaorang sebelum pergi memang tak ada kaji selidik ke apa-apa kecuali isu pasal gempa sebab risau. Tapi lepas kitaorang balik Gunung Merapi mengeluarkan lava. Kira bernasib baik juga. Sebelum ke Gunung Merapi, akan melalui setiap checkpoint seperti Stonehenge dan Batu Alien. Banyak cakap tak guna, meh tengok gambar.
Ini muzium yang menunjukkan bukti sisa harta yang terkena gunung berapi |
Selepas ke Gunung Merapi kami semua bergerak ke Borobodur tapi sebelum tu kami makan lunch dulu. Nak tengok hasil tangkapan? Sebelum tu, kalau korang nak tahu, pada tahun 2010 Gunung Merapi ni pernah meletus dan menyebabkan 2 orang maut. Kitaorang tahu pon bila dah balik Malaysia. Tempat mereka di temui mati di Bunker Kaliadem di mana mereka terperangkap dalam shelter yang penduduk kampung buat tapi sebenarnya tempat tu tak selamat.
Tangkapan kami untuk lunch.
Bab makan kami semua boleh dapat award. Makanan ni semua habis tau.
Tiket untuk masuk Candi Borobodur harga dia untuk 1orang adalah RP 350,000.00. Kenapa dia mahal? Sebab dia adalah tempat yang diiktiraf oleh UNICEF. 7 kejaiban dunia dan salah satunya adalah Candi Borobodur. Kat sini kami menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk menerangkan sejarah Candi Borobodur ni dan upahnya sebanyak RP150,000.00.
Hari ke-4 kami ke Kalibiru sebagai melengkapi perjalananan ke Jogja. Harga tiket ke Kalibiru RP 10,000 dan untuk tangkap gambar disetiap check point harga dia berbeza. Tapi korang boleh standby duit dalam RP 100,000.00
Mostly di Kalibiru adalah untuk ambil gambar yang cantik, paling best korang kena naik Giant Swing. Sebab dia mencabar keberanian dan kegayatan korang semua. Time kau naik tu orang suruh kau buat peace ke, mini love ke, semuanya macam tak boleh. Tangan tu kaku cuma nak pegang buaian je. Sebab bawah tu GAUNG!
Di Kalibiru, kami memilih untuk tidak naik semua sebab tak nak buang masa. Di Kalibiru, bukan sahaja spot untuk ambil gambar yang cantik macam ni, tapi mereka juga mempersembahkan tarian tradisional iaitu Kuda Kepang yang sangat popular dengan masyarakat Jawa.
Muka memasing dah kepenatan. Panas yang amat harini. |
Settle Kalibiru, dalam pukul 11-12 kami semua dah kelaparan so kami bergerak ke next destination. Tapi bukan terus ke makan okay. Supir kalini bawa kami ke pusat borong Tshirt untuk dijadikan sebagai souvenirs. Lama juga dari Kalibiru hingga ke pusat tshirt tu kami sempat tidur nyeyak memasing. Sampai pusat tshirt tu, orang-orang dalam kedai tu macam diaorang kena terjah. Mana tidaknya, perut lapar, lepas tu baru lepas baru bangun tidur. Dek pulak kami ni semua badan godang-godang hah, penuh muka pintu. Lepas tu, cari baju dengan design nak sama tapi size tak ada. Salesgirl tu pon naik celaru.
Disebabkan kelaparan teruk, mas supir bawa kami ke satu kedai makan yang mempunyai 32 sambal menjadi pilihan para pelanggan. Untuk pengetahuan korang yang mana belum menjejakkan kaki ke sini, makanan di sini senang nak order. Sebab main dia mesti nasi, lauk dia pulak mesti ayam, ikan, tempe, tauhu dan semua bergoreng. Tak ada sup atau tomyam ke masak lemak ke. Lepas tu, pilihan paling best SAMBAL! Tapi jumlah makan kalini cuma RP 310,000.00 untuk 9 orang termasuk mas supir tu.
Meriahkan makanan kami |
Lepas makan tu dah agak petang dalam pukul 3 macam tu, so mas supir bawa kami terus ke tempat batik-batik. Memula kedai batik tulis iaitu batik mahal. Next, kedai batik sederhana murah. Kat sini kami borong kain batik lepas sebab harga batik untuk 2 meter cuma RM 14-RM15. Kualiti dia sangat best sebab sejuk dan lembut. Settle shopping batik, kami dibawa ke Jalan Malioboro. Tempat pelancongan dan shopping paling popular di Jogja. Murah dan paling penting korang kena tahu, bila korang dah menawar pada harga yang sangat rendah make sure korang BELI.
Dekat Jalan Malioboro, kami habiskan semua Rupiah sebab rugi kalau balik Malaysia tukar balik. Dah alang-alang murah, apa lagi borong lah. Luggage pon dah kongsi untuk tambah. Memang sudah dijangka pon sejak kat Malaysia lagi. Dalam pukul 10, kami selesai shopping kat Jalan Malioboro. Kami ke kawasan pokok Alun-alun Kidul.
Berdasarkan apa yang Supir bagitahu, pokok Alun-alun Kidul tu kepercayaannya; sesiapa yang lalu dari titik permulaan sehingga ke bawah pokok, dengan menutup mata. Niat dan hajatnya dikabulkan. Dibawah pokok tu, ramai sahaja pelacong melakukan perkara itu sebagai hiburan atau mengisi masa lapang seperti permainan. Kami juga tidak terlepas untuk mencubanya. Lepas penat bermain, kami ambil kesempatan untuk naik kereta berhias. Oleh sebab kepenatan, kami cuma ambil 1 round je. Harga untuk 1 round RP 80,000.00. Best ke tidak? Best sebab penat.
Hari kelima, kami tak ada pergi mana-mana sebab tiket flight pukul 11:45 pagi. Jadi kami kena check in. Nasib baik hotel dekat dan breakfast juga disediakan. So, sebelum bergerak ke airport sempat juga kami pamitan dulu dengan staff hotel dan bergambar alang-alang hari last pakai baju sedondon.
So, guys mana destination for next trip?? Korang boleh tonton juga videoclip kitaorang yang aku cuba-cuba edit. Terima kasih kerana membaca posting kali ini.
Click Here! |
0 comments