Dari 71 kg turun 69 kg dan masih menuju ke 55 kg.

Assalamualaikum 

Harini nak cerita pasal berat aku masa raya dan lepas raya. Sebelum raya beria nak diet sebab puasa jadi sebelum raya berat 67 kg dah rasa bahagia sebab masih lagi tak jejak 70 kg. Masa raya aku balun makan macam-2 itu ini. Air tok sah kata la semua aku bedal air manis. Air suam/putih tu rasa loya kalau minum tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lepas raya aku timbang hah kau senah! 71 kg. Barulah aku berakal nak diet semula. Diet dengan penuh semangat tapi semangat tu tak sampai-2. Lepas timbang aku habaq kat aku punya mata air rasa nak nangis sebab berat dah melampau. (nasib dapat kata-2 semangat). So, dia pon kata lepas ni jangan sentuh air manis/ karbonat/ apa sahaja air dekat kedai. 

Disini lah bermula kisah diet seorang Ecah. 

Aku mula amalkan diet atkin seminggu dimana aku tak sentuh langsung nasi dan segala yang mengandungi carbs. Tak sentuh air manis. Perut aku tak berapa terkejut bila tak makan nasi sebab aku pernah buat diet atkin tapi dah macam biskut la kejap timbul kejap ada. Tapi main point aku untuk diet kali ini adalah tak sentuh nasi dan air manis. Lepas tu aku buat exercise kat gym yang ditemani oleh mata air sendiri sebab dia yang akan trained aku untuk setiap aktiviti. 

Meal plan aku pon dia akan pantau sebab aku kena buat report apa aku makan untuk breakfast, lunch and dinner. Satu sebab dia tolong sebab dia stress dengar aku merengek nak kurus tapi tak kurus-2 juga. Jadi mungkin pada pemikiran dia, dia bantu aku untuk senyapkan mulut aku. Aku tak kisah asalkan aku kurus. 

Untuk kurus kita kena ada tujuan. Tujuan aku adalah:

1. Untuk sihat sebab kaki aku sentiasa sakit especially bila pakai kasut bertumit. 
2. Aku nak senang melakukan segala aktiviti.
3. Aku nak naikkan keyakinan diri
4. Mestilah nak cantik
5. Nak tutup mulut longkang orang. 

Aku dah mula rasa stress dengan berbadan besar. So dari seminggu sebelum masuk August aku dah start diet dan exercise. Itu yang terus turun ke 69 kilo dari 71 kilo. Dan aku masih berbaki 15 kilo gitu untuk capai berat ideal. Semoga seorang Ecah akan terus berusaha dan istiqomah dalam melakukan diet ini. Next entri aku cerita apa meal plan aku dan aktiviti seharian aku. 


#LoveConquerAll

0 comments