Assalamualaikum
Alhamdulillah tahun ini masih dapat kita merasa dan bertemu dengan Ramadhan dan meraikan Syawal. Untuk hari ini, aku nak berkongsi cerita serta pengalaman tentang aktiviti kebajikan yang diadakan pada bulan Ramadhan bersama pelajar Fakulti Seni Sinematik, MMU Kampus Johor.
Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar untuk melakukan aktiviti kebajikan seperti ini dan sikap bekerjasama dalam satu pasukan serta menghayati bulan Ramadhan dengan berkongsi rezeki.
Dari segi penyediaan makanan kami buat tempahan dengan katering yang boleh menghantar pada waktu sebelum sahur. Alhamdulillah, katering yang selalu berurusan dengan MMU Johor tersebut sangat memberi kerjasama dan sangat baik dalam memudahkan urusan. Disamping itu, kami juga mengumpulkan beberapa baju terpakai yang boleh diberikan kepada homeless tersebut.
Pelajar yang menyertai program ini dalam 17 orang, staff yang terlibat dalam 5 orang termasuk aku sendiri. Untuk aku pengalaman seperti ini aku pernah lakukan bersama group hiking JB Xplore Outdoor pada Ramadhan tahun lepas. So, kali ini aku share pengalaman ini bersama pelajar-pelajar MMU Johor.
Pukul 1:30 pagi:
Kami berkumpul di MMU Johor untuk mengambil kedatangan pelajar.
Pukul 1:45 pagi:
Kami bergerak ke tempat lokasi yang telah ditetapkan iaitu di belakang Bank Negara, Cawangan Johor berdekatan dengan Bukit Timbalan.
Briefing sebelum memulakan pergerakkan dan diagihkan kepada 2 kumpulan |
Pukul 2:30 pagi:
Kami memulakan perjalanan dimana dua kumpulan di bahagikan. 1 kumpulan terus ke arah CIQ dan CS Mall. 1 kumpulan berjalan menghala ke arah jalan Kotaraya dan melalui Jalan Trus. Selepas selesai pembahagian makanan di JB Town kami menghantar juga makanan ke area Larkin.
Jangan disangka bandar yang pesat membangun seperti Johor Bahru tiada gelandangan. Hampir sama keadaannya di Kuala Lumpur.
Pukul 4 pagi:
Aktiviti pengagihan makanan kami berakhir dan kami berkumpul semula selepas itu kami bergerak terus ke Dataran Johor Bahru untuk bersahur bersama. Alhamdulillah aktiviti selesai dengan baik dan lancar.
Untuk mana-mana badan NGO yang baru nak mulakan aktiviti seperti ini, kami sarankan untuk buat surat rasmi berkenaan aktiviti dan hantar kepada Balai Polis untuk tujuan keselamatan. Semoga aktiviti ini menjadi inspirasi kepada orang lain dalam membantu insan yang memerlukan dan mereka tidak bernasib baik seperti kita.
p/s: Gambar diambil oleh pelajar MMU Johor.
0 comments