Assalamualaikum wbt.
Lama betul tinggalkan blog sebab kesibukkan diri dan kerja. Kalini nak bercerita atau berkongsi pengalaman mendaki Trans Panti di Kota Tinggi. Ini pertama kali mendaki secara trans dimana kita mendaki dan menjelajahi beberapa puncak gunung.
7:00 pagi berkumpul di sebuah warung, pada asalanya pukul 8:00 pagi dah mendaki tapi sebab tunggu lagi beberapa peserta terpaksa lewatkan sedikit masa mendaki. Kami bergerak dan mulakan pendakian pukul 8:30 pagi selepas briefing.
Gunung Panti adalah salah satu gunung yang terdapat banyak PACAT! So sebelum mendaki banyak persediaan yang korang semua perlukan dan sediakan. Stokin kalau boleh gunalah stokin yang agak panjang supaya elakkan digigit pacat dan sebelum mendaki sapu ubat untuk elakkan pacat. Sebab ada sesetengah orang bila kena gigit pacat akan beri kesan kepada kulit mereka. Tak naklah kulit berparut kerana pengalaman mendaki.
Track perjalanan agak mencabar sebab Gunung Panti kira hutan simpan so banyak pokok yang berduri dan korang kena ready topi serta sarung tangan. Disamping itu, korang juga kena sediakan ubat-ubatan. Sebab pengalaman aku jatuh dan terseliuh masa perjalanan nak ke satu puncak dan kaki bengkak. Nasib ada guider tu bawa minyak panas dan balut untuk bagi tebal kaki aku. Sampai satu puncak kawan bagi ubat tahan sakit.
Memang mujarab ubat tu sebab boleh tak rasa sakit. Turun sahaja sampai je kat bawah kaki aku dah start berdenyut sebab mungkin dos ubat tu dah berkurang. Dan aku serta beberapa orang yang lain turun lambat dalam pukul 9 malam. So, lagi satu peralatan adalah lampu suluh. Ia amat penting sebab mana tahu turun lambat.
So kat bawah ni aku kongsi kan beberapa gambar yang boleh menjadi kenangan.
|
Tunggu peserta lain lambat |
|
Suasana hutan mendamaikan |
|
Panti Timur |
|
Selfie |
|
Di satu puncak yang best! |
|
Lambat turun kena lepaskan mahgrib |
|
PEWAI! |
|
Kaki bengkak tu muka masih senyum |
|
Bila perlunya sarung tangan |
|
On the way |
|
Team |
|
Amacam? |
|
Senyum! |
|
Rindu! |
Next posting aku akan cerita pendakian ke Gunung Arong, Mersing dan aktiviti gantung kasut sempena bulan Ramadhan.
0 comments