Trip Sarawak with BFF

Assalamualaikum

Hari ini walaupun rasa banyak kerja nak buat tapi tetap nak juga update blog yang dah lama tak dijengah. Blog yang lama dah dibuang sebab nak buka buku baru, moment dalam blog lama still in my mind. Okay enough! Intro meleweh. I want to tell you the best moment when you vacay with your bestfriend.

1. Planning
Setiap aktiviti mesti ada planning tapi selalunya kalau planning lama-2 mesti tak jadi tapi kadang-2 jadi tau. Piya survey harga tiket tahun lepas bulan 8 ajak pergi rumah dia dekat Sarawak, tiket murah that time, RM 68 per person untuk tiket ulang alik so siapa tak nak murah giler. Air Asia selalu buat promotion but depends la harga tu tapi setahun dah kena rajin survey.

2. Duit
Okay bab duit ni, kami semua tak la berada mana nak minta " Mak Ayah nak duit, nak jalan-2", ada yang kerja part time nak kumpul duit, ada yang kumpul duit raya. Gigih tau kali ni. Aku part time dekat Sakan, yang dekat dengan rumah. Dapat RM600 untuk shopping okay la, tambang dah tak payah fikir.

Macam biasa belum sampai Sarawak gambar dah full memory dalam fon.



*banyak lagi gambar.

Sampai sahaja di Sarawak kami di sambut mesra Mak Piya dan Piya. Kejap je dalam flight tapi dia punya bosan Ya Rabbi rasa nak buat lompat bintang je. Bosaaaannnnn.
Malam tu kitaorang buat BBQ, masak ketam nyummmmm!

Hari Kedua

Kami melayan hasrat si Que nak tengok Buaya borneo, harga tiket untuk dewasa yang bukan Sarawakian include GST (mungkin ada GST buaya-2 ni) RM 22. Untuk Sarawakian RM 12 *special jadi orang Sarawak ni. Taman Buaya Jong, kitaorang tengok buaya tapi kat situ ada juga haiwan lain seperti monyet, burung-2 dan special B***. Macam biasa gambar mesti ada punya






Hari Ketiga

Hari ketiga adalah the best part bila korang pergi Sarawak, kenapa? Korang wajib pergi Taman Negara Bako. Kat situ pemandangan cukup cantik dan tenaga pon diuji dengan jayanya. Hahaha
Firstly, nak ke Taman Negara Bako kena naik boat dekat jeti Terminal Bako untuk tambang depends hari cuti, time tu korang pergi musim apa. 





*ini baru kat belah bawah tau.

Jalan punya jalan, kitaorang dibagi peta untuk buat panduan. Dengan pakai selipar dan berjeans kami mendaki bukit. Fuhhhh! Penat dia sampai sekarang terasa. Mat salleh semua pandang awat depa hiking dengan selipar jeans bagai. Teror gila! Yela apa taknya mat salleh hiking dengan sport shoes, bag pack bagai kitaorang hanya bawak handbag je tau. Tapi akhirnya tiba juga dipuncak 






muka minta nyawa

Balik semua kepenatan, malam tu kami setakat pusing-2 bandar Kuching. The special of Bandar Kuching paling kitaorang jakun sekali jalan raya dia yang berkilat, bila malam dipancari cahaya lagi lah nampak berkilat. 

Hari Keempat

Hari keempat walaupun lelaki semua yang gagah akhirnya kecundang bila semua demam. Yang gegirls semua gigih nak berjalan. Bab jalan kami gigih dengan jayanya.Kami ke Kampung Budaya. Harga tiket untuk student RM 12. Kalau bukan harga student RM 60 tau. Kadang-2 rasa untung jadi student. Hiks!









Hari Kelima

Flight kitaorang pukul 7.15 petang so sebelum gerak balik kami pagi pergi ke Seriki untuk shopping! Yang part ni best gila. Okay harga barang kat sana memang ohseeemmm! Handbag satu untuk Mak untuk I satu dapat RM 50 untuk dua bag tau. Beli kain pelikat kat sana RM 10 tapi the best material. Telekung sana-2 pon murah-2. Then kitaorang pergi beli barang untuk cenderahati orang semenanjung. Kain songket yang jadi trend kat sana cuma RM 19 dua meter. Lepas balik dari Seriki kami singgah sekejap ke Gua Pari-2.








Pukul 5.30 kami gerak ke airport Sarawak sebab check-in pukul 6.30 petang. Apa pon terima kasih banyak dekat Piya and Family melayan kami dengan baik sekali. Best sangat. Untuk makanan korang kena makan laksa sarawak dan ais krim gula apong. Memang terbaikkkk !



Kami tiba di KLIA 2 dengan selamat sebab cuaca elok. Alhamdulillah. Thanks guys for the best memory. Nanti vacay lagi lepas praktikal okay.




0 comments