Menawan Gunung Lambak, Kluang, Johor

Assalamualaikum

Hari ini ada masa terluang so nak cerita pengalaman mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor. Ahad (1 Oktober 2017), kami seramai 8 orang dari Johor Bahru gerak dalam pukul 5:45 pagi dan terus ke Machap. Sampai Machap dalam pukul 6 lebih solat Subuh dan sarapan. Kat Machap la nak settlekan segala masalah penghadaman apa semua. Dari Machap ke Exit Air Hitam tak jauh dan tak sampai dalam 30 minit. Sampai di Exit Air Hitam ada traffic light sila belok ke kanan untuk destinasi Gunung Lambak. 

Untuk ke Gunung Lambak kami berpandukan waze. Dari tol ke ke Taman Rekreasi Gunung Lambak dalam jarak 12km tak sampai sejam korang dah boleh sampai. Pukul 8:10 pagi kami memulakan ekspedisi kami menawan Gunung Lambak. Disini adalah kawasan reakreasi so untuk hujung minggu macam ni ramai orang mendaki. Point pertama korang akan nampak jambatan gantung dan akan nampak taman bunga yang penduduk tempatan tanam. Pelbagai tanaman herba dan pokok bunga yang dapat kita lihat. Suasana yang mendamaikan. 

 Video kitaorang bertolak

Ini dia jambatan gantung

Cuaca amat baik sekali tak hujan dan tak berapa panas (mungkin sebab bawah pokok). Memula mendaki akan lalu track simen dahulu lepas tu batu-batu sungai gitu. Dalam beberapa minit lepas mendaki nampak tangga dari akar-akar pokok. Selagi ada rupa tangga dan tanah yang boleh dipijak masih senang lagi untuk mendaki cuma nafas kena kawal. 

Track yang memula korang akan lalu


Disebabkan hari tu ramai orang dan adalah nampak pakcik yang aku ingatkan bawa student, so aku pon berbual. Rupanya pakcik tu orang situ dan memang selalu mendaki gunung ni. Dia kata ini memang aktiviti mingguan cuma kalau busy dengan kenduri kahwin tu tak pergi mendaki. Nama pakcik ni Hamdan berumur 60 tahun. Sebaya dengan mak aku. 

Syiqa, Tuya dengan 2 orang budak laki tu dah jalan dulu sebab diaorang laju. Myra, San dengan Soleha lalu laluan yang lebih landai sebab Myra sesak nafas. So, aku berbual dengan pakcik ni sampai jadi geng. So banyak juga ilmu yang aku dapat. Salah satunya bila mendaki tak perlu minum air banyak sangat nanti rasa nak terkucil. Lepas tu bila mendaki jangan tengok atas nanti mind set kita rasa tinggi dan tak larat. Dalam 20 minit korang akan nampak signboard 

Papan tanda Selamat Datang ke Gunung Lambak.

Kiri ke arah puncak yang ada pencawang kalau kanan akan ke Air Terjun Gunung Lambak. So kita orang decide nak ke pencawang. Sampai sini kami sempat selfie dua tiga gambar dulu sebelum sambung mendaki. 


Start dari sini track dah mula mencabar. Tapi memang aku salute dekat aunty dengan uncle yg berbangsa Chinese sebab diaorang boleh naik dengan pantas dari aku okayyyyyy. Hakak impress!
Itu pon satu cabaran dan motivation untuk kita. Dalam kepala otak ni fikir "Uncle dengan Aunty tu lagi tua takkan kau yang muda lembik". 

Selepas mendaki dengan gigih aku sampai ke puncak dengan Pak Cik Hamdan pukul 10 pagi. Mengambil masa 1 jam 50 minit. Okay la untuk orang tak biasa mendaki kan. Bila sampai puncak orang pencawang tengah buat kerja tapi jangan risau kalau korang nak selfie tak ganggu pon, macam kitaorang ni. 










Selepas setengah jam ambik gambar kat puncak kami decide tak nak pergi ke waterfall so kami turun semula ke track kami lalu. Untuk Myra, San dengan Leha agak adventure sebab lalulan mereka tak sesukar yg track kami naik. Turun pon dalam sejam setengah. Tapi boleh dikatakan agak lagi susah bila turun dari naik. Disebab kan tak pakai glove tangan aku luka kena batu masa jatuh. 

Ini dia pakcik Hamdan



Pengalaman yang penat tapi sangat menyeronokkan! Kami enjoy dan puas!

#MenawanGunugLambak
#PenatTapiPuas
#AimGunungLain
#HobiBaru








0 comments