Selepas lama berkurun blog ini aku tinggalkan, hari ini aku nak menulis kisah terindah yang Allah SWT pinjamkan untuk aku serta Allah menjawab segala persoalan aku. Sebelum bernikah, aku pernah berkata kepada diri aku dan suami (pada masa itu tunang) yang kalau boleh aku taknak segera punya anak sebab aku hendak fokus kepada kehidupan baru dan urusan rumah.
Allah itu Maha Penyayang, Dia Maha Mendengar segala luahan atau percakapan kita hambaNya. Selepas berkahwin, walaupun baru 4 bulan tekanan daripada cakap-2 orang, tanya-2 orang aku terasa nak ada anak. Masa bujang to be honest aku cakap tak se pressure ini yea wahai semua insan. Selagi kita tidak duduk dalam sesuatu tempat jangan sesekali kita mempertikaikan atau menghukumnya. Suatu hari, aku bercakap dengan husband. "Bang, why people keep asking us bila nak ada baby, kita baru lagikan kahwin. But, tbh i really want that feel how rasanya mengandung".
My husband said, "Belum rezeki, benda jodoh, anak dan rezeki kita boleh usaha tapi selagi Allah kata belum masanya, maka belumlah. Tapi, ingat tak apa sayang cakap sebelum kahwin? "
Aku memang blur bila dia tanya. Memang aku tak ingat. Tapi dia ingatkan yang aku nak fokus pada kehidupan baru dan taknak ada anak dalam masa terdekat. Sejujurnya, aku bagai ditampar. Ye, aku sedar yang sebelum ni angkuhnya aku. Bagaimana aku seorang hamba berani nak menentukan segala urusan Tuhan. Aku menyesal dengan apa yang aku cakapkan sebelum ini.
10 Julai 2020, subuh hari aku cek UPT memang aku nampak double line. Sebagai seorang perempuan persoalan dalam kepala ialah adakah aku boleh mengandung. Hari tersebut Allah jawab persoalan aku dan Allah berikan rezeki yang terindah buat kami pada ketika itu. Rupanya pada waktu itu aku dah pon mengandung 5 atau 6 minggu. Namun, memori indah itu tidak lama, 10 Ogos bermula pendarahan dari sedikit hingga banyak. Setiap kali pergi klinik hingga hospital, setiap kali scan doktor hanya kata tiada apa-2 cuma hanya banyakkan berehat. Tapi aku dah mula untuk belajar redha sekiranya terjadi apa-2.
14 Ogos 2020, pagi Jumaat. Aku memang dah inform boss yang aku nak work from home. So, pagi husband pergi kerja macam biasa, aku sorang-2 di rumah. Pukul 8:15 pagi aku rasa nak terkencing. Bila sampai dalam bilik air, luruh segala darah beku bersama kelongsong. Darah mengalir tanpa henti. Aku terus call Mak mertua. Tak lama lepas tu Mama dgn adik ipar aku sampai. Terus hantar ke emergency HSA.
Perkara ini tidak boleh padam dalam ingatan namun aku kena sentiasa ingat yang Allah sudah kabulkan setiap persoalan aku dan Allah juga telah memberikan nikmat yang terindah untuk aku dan suami walaupun sementara. Kami bersyukur kerna setiap perkara yang terjadi pasti penuh hikmah.
0 comments