Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Hi semua! Hampir lama juga tak menyinggah dan menulis di blog. Harini tiada apa nak buat so mengisi kekosongan Sya nak kongsikan sesuatu dgn anda semua. Everyone yg follow this blog tahu Sya praktikal di UTM Library, Skudai. But now, I'm free the industrial training and have finished my studies. Actually, harini nak share pasal perjalanan hidup after finished practical. 

Habis practical on final June, then Hari Raya. On July continue with viva and submitted report or thesis. Memang orang kata raya tu raya tak berapa nak raya. Itu belum dihujani kata-2 bila nak kerja bagai, kerja kat mana. Stressful! Lepas Raya Aidilfitri bulan Ogos Mak Ayah pergi Haji, so Sya tinggal sorang kat rumah. Adik-2 semua masih belajar kat KL so memang hidup berdikari dengan berbekal duit Mak Ayah bagi. Duit tu bukan habis makan je tau. Habis dengan hantar resume, pergi interview kat KL, Melaka apa semua lah. 

Sebelum Mak Ayah pergi Haji, Sya dapat panggilan interview. Time ni fikir tak kisah kerja apa pon, lari bidang pon lari bidang la demi nak bayar PTPTN untuk diploma yg dah tertunggak. So, interview position as Personal Assistant tapi yang interview ni big bos (India). Sebab kawan yg recommend so macam tak berapa risau tapi bila habis je interview anytime whatsapp tanya kabar sedangkan Sya akan start kerja lagi seminggu. Every morning and night will give quote picture wish morning and night. So, cerita dengan Mak Ayah pasal boss tu, entah kenapa Mak Ayah tak sedap hati diaorang kata tak payah kerja dengan orang macam tu. Scary sangat. Mula-2 tu fikir nak kerja je sebab nak dapat duit. Tapi orang kata kena ikut kata orang tua. Yes! Sya ikut kata Mak Ayah dan tak lama lepas tu I got another interview at MMU, Cyberjaya as Assistant Manager, Library dan Librarian at International School Melaka. Pergi interview dengan siap sedia, dapat tak belakang cerita. Balik interview dari Cyber, tayar kereta pecah masa jalan atas highway dan Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. 

Jawapan untuk dapat ke tak masa interview tak tahu lagi, jadi takkan duduk diam je kan. Cari la kerja lain sementara menunggu jawapan kerja yang betul2 kerja. Macam-2 kerja dan banyak juga merasa ditipu majikan yg mengambil kesempatan terhadap freshgraduate macam kita ni. Pernah Sya minta kerja Manager Branch tapi kena jual wax kereta. Pernah minta kerja as Key in Data Clerk tapi kerja macam marketing assistant gaji pon ciput je. Kerja ulang alik Permas Jaya-Pontian semata nak cari pengalaman. Sampaikan satu hari terbaca satu artikel tajuk dia "Kebergantungan Terhadap Allah". Artikel tu memberi kesedaran kepada Sya yang rezeki itu Allah yang beri bukan datang daripada manusia, pointer yang tinggi, kehebatan bercakap. Allah SWT tahu kita dah berusaha cuma rezeki tu ada cuma lambat atau cepat. Masa tu kerja sebagai Pembantu Guru Tadika (sekolah cina) hanya tuhan je tahu macam mana nak solat, penat, makan. Sya doa kat Allah kalau ini rezeki aku, kau kuatkan iman aku, kuatkan semangat aku menempuh ranjau, tapi andai kata ada rezeki aku yg lebih baik kau tunjukkan lah.

Alhamdulillah rezeki itu Allah yang beri bukan sesiapa pon. Esok Sya dapat call dari MMU tanya masih berminat tak kerja sebagai Assistant Manager di Nusajaya. Cepat-2 cakap nak. Jadi hujung bulan Sya berhenti kerja di tadika dan mulakan kerja di tempat baru pada awal tahun 2017. Rezeki memang tak dijangka dan hanya Allah je yang tahu. Tapi sebagai hambaNya jangan pernah kita putus berdoa minta pertolongan dari segi kekuatan diri, ketabahan, serta memperkukuhkan iman. Allah SWT tahu yang terbaik untuk kita apa, dan Allah sentiasa dengar niat murni kita. Sya selalu pegang kata-kata senior yang selalu pesan:

"Dalam kita mencari rezeki, kita kena menjemput rezeki" (Hidayah Saruni, 2016)
Solat wajib 5 waktu jangan pernah tinggal, solat dhuha selalu amalkan, solat taubat dan solat hajat kena praktiskan. Betul lah orang yang solat adalah orang yang berjaya dunia dan akhirat.  

0 comments