SYASANROSE

  • Home
  • Hiking
  • Lifestory
  • Lovestory
  • Travel Journey

Selepas lama berkurun blog ini aku tinggalkan, hari ini aku nak menulis kisah terindah yang Allah SWT pinjamkan untuk aku serta Allah menjawab segala persoalan aku. Sebelum bernikah, aku pernah berkata kepada diri aku dan suami (pada masa itu tunang) yang kalau boleh aku taknak segera punya anak sebab aku hendak fokus kepada kehidupan baru dan urusan rumah. 

Allah itu Maha Penyayang, Dia Maha Mendengar segala luahan atau percakapan kita hambaNya. Selepas berkahwin, walaupun baru 4 bulan tekanan daripada cakap-2 orang, tanya-2 orang aku terasa nak ada anak. Masa bujang to be honest aku cakap tak se pressure  ini yea wahai semua insan. Selagi kita tidak duduk dalam sesuatu tempat jangan sesekali kita mempertikaikan atau menghukumnya. Suatu hari, aku bercakap dengan husband. "Bang, why people keep asking us bila nak ada baby, kita baru lagikan kahwin. But, tbh i really want that feel how rasanya mengandung". 

My husband said, "Belum rezeki, benda jodoh, anak dan rezeki kita boleh usaha tapi selagi Allah kata belum masanya, maka belumlah. Tapi, ingat tak apa sayang cakap sebelum kahwin? "

Aku memang blur bila dia tanya. Memang aku tak ingat. Tapi dia ingatkan yang aku nak fokus pada kehidupan baru dan taknak ada anak dalam masa terdekat. Sejujurnya, aku bagai ditampar. Ye, aku sedar yang sebelum ni angkuhnya aku. Bagaimana aku seorang hamba berani nak menentukan segala urusan Tuhan. Aku menyesal dengan apa yang aku cakapkan sebelum ini. 

10 Julai 2020, subuh hari aku cek UPT memang aku nampak double line. Sebagai seorang perempuan persoalan dalam kepala ialah adakah aku boleh mengandung. Hari tersebut Allah jawab persoalan aku dan Allah berikan rezeki yang terindah buat kami pada ketika itu. Rupanya pada waktu itu aku dah pon mengandung 5 atau 6 minggu. Namun, memori indah itu tidak lama, 10 Ogos bermula pendarahan dari sedikit hingga banyak. Setiap kali pergi klinik hingga hospital, setiap kali scan doktor hanya kata tiada apa-2 cuma hanya banyakkan berehat. Tapi aku dah mula untuk belajar redha sekiranya terjadi apa-2. 

14 Ogos 2020, pagi Jumaat. Aku memang dah inform boss yang aku nak work from home. So, pagi husband pergi kerja macam biasa, aku sorang-2 di rumah. Pukul 8:15 pagi aku rasa nak terkencing. Bila sampai dalam bilik air, luruh segala darah beku bersama kelongsong. Darah mengalir tanpa henti. Aku terus call Mak mertua. Tak lama lepas tu Mama dgn adik ipar aku sampai. Terus hantar ke emergency HSA. 

Perkara ini tidak boleh padam dalam ingatan namun aku kena sentiasa ingat yang Allah sudah kabulkan setiap persoalan aku dan Allah juga telah memberikan nikmat yang terindah untuk aku dan suami walaupun sementara. Kami bersyukur kerna setiap perkara yang terjadi pasti penuh hikmah. 

Assalamualaikum 

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi segalanya dipermudahkan urusan majlis pernikahan dan majlis resepsi Nur Aisah & Mohamad Taufiq pada 31 Januari & 1 Februari 2020. 

Sebelum itu, aku akan ceritakan sedikit persiapan sebelum majlis. Untuk majlis pernikahan, aku dan keluarga memilih untuk buat di rumah. Ini permintaan keluarga kerana majlis resepsi aku memilih untuk buat di dewan. Jadi aku kena akur dan tunaikan hajat kedua ibu bapa. 

1 TAHUN SEBELUM MAJLIS:
Perkara perlu dilakukan adalah menempah dewan/ tempat majlis resepsi kerana zaman sekarang dewan menjadi pilihan ramai pasangan. Mengapa? 

Alasan pertama, bila kita buat majlis di dewan rumah kediaman lebih selesa untuk keluarga yang datang dan keadaan selepas majlis tidak huru-hara. Maaf sekiranya pendapat ada sesetengah orang tidak boleh terima. Zaman sekarang tidak boleh disamakan dengan zaman ibu bapa kita yang menggunakan semangat rewang. Zaman sekarang selepas majlis daripada saudara mara hinggakan sahabat handai semua akan bawa diri masing-masing dan mereka akan ada komitmen yang perlu dilaksanakan pada esok hari. Kebanyakkan saudara mara bukan duduk atau tinggal berhampiran dengan keluarga kita. 

Alasan kedua aku adalah, kudrat ibubapa aku yang aku ingin mereka rasa bahagia bukan rasa penat & melarat kepada kesihatan mereka. 

Alasan ketiga adalah menggunakan konsep rewang lebih banyak 'hidden cost' yang mungkin terlepas pandang. Kalau kira jumlah tetamu pada hari majlis. Sebelum majlis terjadi confirm ada tetamu/ jiran yang datang untuk rewang, takkan kita tak sediakan makanan. Aku adalah berketurunan jawa. Orang jawa sangat menitikberat hal makanan kepada tetamu. Jangan pernah sesekali buat tetamu pulang dengan perut kosong. Dalam Islam juga kita diajar untuk menghormati dan meyantuni tetamu. 

8 BULAN SEBELUM: 
Survey bridal yang akan menyediakan pelamin dan sepersalinan korang semasa nikah/ sanding. Korang kena bijak dalam memilih, sesungguhnya mereka bijak bermain harga dengan pasangan pengantin. Disamping itu, korang kena pastikan mereka adalah trusted bridal supaya nak elakkan korang ditipu oleh sesetengah syaitan yang bertopengkan manusia. 

Pakej yang aku ambil sangat berbaloi. Untuk orang Johor Bahru aku recommend sekiranya korang tercari bridal yang bagus seperti Anew Wedding Gallery. Pakej yang aku ambil adalah Pakej Dewan Combo (Platinum). 


1 tahun sebelum majlis juga pasangan di minta untuk survey dan kaji selidik katering. Orang berketurunan jawa macam aku ni kena jaga deekk bab makan. Pastikan makanan sedap dan banyak kalau tidak 10 keturunan orang bercakap. Namnun, jangan difikirkan apa kata orang. Tekak orang beza-beza cuma pastikan katering anda katering dipercayai dan jumlah order anda sama. 

Untuk majlis resepsi, aku menggunakan khidmat De'Eza Catering, Pontian. Korang boleh google atau cari di FB dan instagram mereka. Makanan sangat sedap dan segalanya cantik teratur sehingga selesai majlis. Kebersihan sangat dijaga oleh mereka. Makan beradap mereka sumpah sedap! 

6-3 BULAN SEBELUM: 
Untuk pasangan disetiap negeri berbeza cara pengendalian pihak Pejabat Agam Islam. Korang boleh refer pada portal pejabat agama negeri masing-masing untuk setiap SOP. 6-3 bulan sebelum ini adalah masa sesuai sekiranya korang yang masih tiada sijil pra perkahwinan untuk buat dan daftar nikah dalam portal online untuk orang Johor. Sediakan segala dokumen yang diminta oleh pihak pejabat kadi. Pastikan semuanya sah dan mendapat tandatangan seperti yang diminta. 

Untuk lelaki/perempuan bujang sekiranya ingin dapatkan perakuan bujang boleh dapatkan di pejabat daerah negeri masing-masing dan pastikan korang bawa ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik untuk menyatakan status anda. 

2 BULAN SEBELUM:
Mana-mana pasangan boleh persiapkan baju nikah sekiranya ingin menempah dan menyimpan baju nikah sebagai sentimental value. Jadikan kisah aku sebagai teladan dimana aku menghantar baju pada seorang makcik yang aku percaya, namun kepercayaan aku punah. Hampir 6 bulan kain yang aku hantar terperap buat pekasam. Bulan 12 aku tanya masih tak bergunting kain aku. End up aku ambil semula dan aku cari tailor lain. Sumpah aku katakan makcik tu betul menyusahkan orang. 

Nasib aku baik, dan syukur. Aku jumpa seorang tukang jahit di instagram. Butiknya di Kluang. Instagramnya @hera.my . Hari pertama aku bertanya, hari itu juga aku hantar kain dan ukur badan kerana masa sangat suntuk. Namun, owner hera.my sangat bagus. Fashion designer muda yang dapat siapkan baju sis dalam masa tidak sampai 1 bulan sahaja. Semoga perniagaan beliau akan maju kerana memudahkan urusan orang lain. 

1 BULAN SEBELUM: 
Sebulan sebelum adalah waktu kritikal banyak perkara korang selesaikan. Follow up semua vendor korang dari bridal, catering, makeup artist, baju nikah, dan sebagainya. Serta sediakan balance payment dan serahkan kepada adik beradik yang boleh ditugaskan dan inform mereka seawal mungkin segalanya supaya mereka tidak tercengang di hari kejadian. 

1 MINGGU SEBELUM: 
Persiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Jaga kesihatan dan jangan stress supaya tidak jatuh sakit semasa hari kejadian. 
Tips yang aku boleh berikan banyakkan solat hajat dan taubat untuk dipermudahkan segala urusan. 

Mari kita belanja gambar sikit yang diambil oleh @napie_photography team. Mereka sangat sporting dan shoot angle mereka semua cantik-2. 







Terima kasih semua sudi membaca. Doakan kami berdua bahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan kami serta dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas langitNya. 

Assalamualaikum

Pulau Mersing adalah tempat pelancongan yang kini menjadi tumpuan dan semakin popular kerana air laut yang biru seperti di Maldives dan kawasan yang sangat indah dan pakej kebanyakkan berbaloi serta sesuai dengan harga especially untuk aku orang Johor sangat dekat (tak dekat mana pon). 

Pakej kali ini aku pergi hanya daytrip sebab cuti tak panjang so saja nak hilangkan bosan dekat rumah. Aku plan dengan cik Tunang dan amik pakej bawah Hazimah sebab sebelum ini aku pernah ambil pakej dengan dia untuk menginap di pulau Mersing juga. Senang berurusan dan pantas. 

Ini pakej yang ditawarkan: 

8:30   pagi: Berkumpul di Jeti Mersing
9:00   pagi: Menaiki bot dan bergerak ke checkpoint 1: Pulau Sribuat
9:45   pagi: Tiba di Pulau Sribuat (Sarapan pagi & aktiviti santai/ hiking)
10:45 pagi: Bergerak ke checkpoint 2: Pulau Raja/ Maldives Malaysia
11:15 pagi: Bergerak ke Pulau Rahsia (Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Gual & Rawa)
12:00 pagi: Tiba di Pulau Hujung
                   - Makan tengahhari, snorkeling dan rehat untuk solat)
2:30 petang: Bergerak ke Pulau Tengah (snorkeling dan Nemo point)
3:30 petang: Tiba di checkpoint akhir Pulau Besar (backflip, aktiviti santai dan mandi-manda)
4:30 petang: Bergerak pulang ke Jeti. 

Segala pergerakkan mengikut kapten bot dan keadaan cuaca. 

Untuk sesiapa yang ingin ke sini ada beberapa cara: 

1. Kereta

Korang boleh datang ke Mersing dengan menaiki kereta. Mersing kawasan tidak sesak namun begitu sekiranya anda datang dari luar Johor saya sarankan untuk anda menginap kerana laluan untuk sampai ke Mersing adalah jauh (daerah pendalaman), laluannya berliku serta sukar untuk laju. 
Disamping itu, anda semua perlu menyediakan duit bayaran tempat letak kereta iaitu sehari RM15 untuk sebuah kereta. Bayaran ini termaktub oleh Majlis Daerah Mersing dan penguatkuasa mereka rajin yea. 

2. Bas

Anda boleh menggunakan perkhidmatan bas. Bas sangat sesuai kerana jimat dari segi bayaran parking serta balik dari penat snorkeling, anda boleh tidur dalam bas kerana perjalanan cukup untuk anda rehat. Cuma anda kena bijak atur masa supaya tidak ketinggalan bot. Harga tiket bas dalam linkungan RM33.00 - RM41.50 sekiranya anda dari Terminal Bersepadu Selatan. Untuk dapatkan tiket bas anda boleh ke REDBUS . 

Apa yang perlu dibawa semasa daytrip? 

1. Baju ganti nanti pulang. 
2. Sabun Mandi
3. Makanan atas bot
4. Roti untuk bagi makan ikan
5. Ubat/ pil mabuk dan minyak angin
6. Baju ganti untuk solat. 

So, itu sahaja tips dari aku dan harap dapat membantu korang semua yang ingin percutian yang singkat tapi seronok. 










Assalamualaikum 

Alhamdulillah tahun ini masih dapat kita merasa dan bertemu dengan Ramadhan dan meraikan Syawal. Untuk hari ini, aku nak berkongsi cerita serta pengalaman tentang aktiviti kebajikan yang diadakan pada bulan Ramadhan bersama pelajar Fakulti Seni Sinematik, MMU Kampus Johor. 
Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajar untuk melakukan aktiviti kebajikan seperti ini dan sikap bekerjasama dalam satu pasukan serta menghayati bulan Ramadhan dengan berkongsi rezeki. 

Dari segi penyediaan makanan kami buat tempahan dengan katering yang boleh menghantar pada waktu sebelum sahur. Alhamdulillah, katering yang selalu berurusan dengan MMU Johor tersebut sangat memberi kerjasama dan sangat baik dalam memudahkan urusan. Disamping itu, kami juga mengumpulkan beberapa baju terpakai yang boleh diberikan kepada homeless tersebut. 

Pelajar yang menyertai program ini dalam 17 orang, staff yang terlibat dalam 5 orang termasuk aku sendiri. Untuk aku pengalaman seperti ini aku pernah lakukan bersama group hiking JB Xplore Outdoor pada Ramadhan tahun lepas. So, kali ini aku share pengalaman ini bersama pelajar-pelajar MMU Johor. 

Pukul 1:30 pagi: 

Kami berkumpul di MMU Johor untuk mengambil kedatangan pelajar. 




Pukul 1:45 pagi:
Kami bergerak ke tempat lokasi yang telah ditetapkan iaitu di belakang Bank Negara, Cawangan Johor berdekatan dengan Bukit Timbalan. 


Briefing sebelum memulakan pergerakkan dan diagihkan kepada 2 kumpulan


Pukul 2:30 pagi: 
Kami memulakan perjalanan dimana dua kumpulan di bahagikan. 1 kumpulan terus ke arah CIQ dan CS Mall. 1 kumpulan berjalan menghala ke arah jalan Kotaraya dan melalui Jalan Trus. Selepas selesai pembahagian makanan di JB Town kami menghantar juga makanan ke area Larkin. 

Jangan disangka bandar yang pesat membangun seperti Johor Bahru tiada gelandangan. Hampir sama keadaannya di Kuala Lumpur. 








Pukul 4 pagi: 
Aktiviti pengagihan makanan kami berakhir dan kami berkumpul semula selepas itu kami bergerak terus ke Dataran Johor Bahru untuk bersahur bersama. Alhamdulillah aktiviti selesai dengan baik dan lancar. 

Untuk mana-mana badan NGO yang baru nak mulakan aktiviti seperti ini, kami sarankan untuk buat surat rasmi berkenaan aktiviti dan hantar kepada Balai Polis untuk tujuan keselamatan. Semoga aktiviti ini menjadi inspirasi kepada orang lain dalam membantu insan yang memerlukan dan mereka tidak bernasib baik seperti kita. 

p/s: Gambar diambil oleh pelajar MMU Johor. 







Assalamualaikum 

Untuk nak memastikan blog ni sentiasa diupdate, kali ini aku nak tulis tentang my skin routine dari siang hingga malam dan sampingan (bila rajin). Setiap perempuan inginkan kulit yang flawless dan bersih tanpa sebarang jerawat dan jeragat. Sebelum aku mulakan, aku nak ingatkan bahawa setiap kulit tidak sama. Mencari skin care yang sesuai memerlukan process "try and error" sampai korang semua jumpa yang serasi.

Aku akan mulakan dengan rutin pagi bangun tidur.

First, of course cleanser atau pencuci muka. Cleanser is basic thing that you should have. Aku menggunakan pencuci muka Deeja Cosmetic. Honestly, sabun dia tak setajam sabun local brand lain. For me, sabun Papaya RM5 tu lagi tajam dan kesat. Pernah orang tanya macam mana kau gemuk tapi maintan runcing. Yessss aku setiap hari akan urut muka masa cuci muka. Pada asalnya aku buat sebab nak bagi minyak dalam muka keluar.
Runcing atau tidak anda nilaikan sendiri. Kang puji kata sis over
Selepas cuci muka, 3 hari seminggu make sure anda scrub muka yea! Lebih-lebih lagi jenis muka tepek foundation hari-2. Tidak kira tebal atau tak foundation tu. Aku cuma pakai scrub ST Ives Scrub. Selepas scrub tu bersihkan muka dan cuci muka guna cleanser secara tipis je. 


Blackhead

Acne Control

  Dua scrub ni sis pernah pakai dan mostly sangat bagus. Kadang-kadang tu guna scrub buat badan sekali. Bedal la apa-2 pon penting bersih.

Settle part cuci muka, kalau rumah ada heater sangat bagus, guna air suam-2 untuk bilas muka. Kalau tak ada pi rajin-2 jerang air tu sampur sikit air sejuk.  

Kebaikkan mencuci muka dengan air suam:

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

Untuk memastikan muka segar dan moisturize iaitu tidak berminyak dan tidak terlalu kering. Make sure korang kena pastikan what type your skin? Oily atau dry? 

Untuk kulit bercampur aduk macam aku, ada part oily ada part kering, aku lebih memilih kepada skin care water base atau gel. Sebab aku dah observe kulit aku akan lebih elok bila tak gunakan skin care jenis krim putih minyak bagai tu. First, aku pakai toner Deeja tapi sikit kadang tak pakai langsung. Next step aku akan pakai Bio Essence Rose Gold Water dan  Bio Essence Hydra Tri Action Gel.
Rose Gold
Hydra Tri Action Gel



One more thing, aku akan pakai Bio Essence Sunscreen Bio-Water sebab kalau aku pakai lain tak sesuai dan akan naik jerawat kecik-2 tu. Selepas itu baru aku tempel krim siang Deeja serta segala makeup di muka. Pergi kerja sis makeup ala-ala kadar je. 


Bio water

 
Ini muka tak makeup sebab malas. Kalau gambar atas muka makeup.
Untuk waktu tengahhari, aku akan cuci muka guna cleanser Bio-Essence Snail Cleanser sebab sangat buatkan muka lembab dan bersih. Lepas tu pakai Bio Essence Hydra Tri Action Gel, krim siang Deeja dan bedak compact. 


Untuk waktu malam, cuci makeup atau segalanya di muka menggunakan wipe tissue atau remover makeup. Then cuci guna cleanser. Lepas tu, aku akan pakai krim malam (itu pon kalau rajin) Sumpah malam aku jenis suka muka bernafas kecuali muka dah naik jerawat time period. Aku akan tempel segala mask muka atau aloevera gel bagi muka moisturize semula. 

Tips untuk mempercepatkan kecut jerawat dan sunburn. 

1. Gunakan ais dan pastikan bersih. Sapu pada bahagian jerawat atau sunburn. 
2. Rajin pakai mask pada waktu malam. 

Untuk yang muslim boleh amalkan surah Yusuf ayat 4. Amalkan sebelum tidur dan sebelum memulakan seharian anda. Banyak manfaatnya. Paling penting kurangkan gula dalam minuman tapi perbanyakkan senyuman.
Image result for surah yusuf ayat 4 

Terima kasih sebab sudi membaca. 

Lots of love: Syasanrose


Assalamualaikum wbt. 

Disebabkan hari ini penuh dengan masa lapang jadi aku nak kongsi pengalaman dan sedikit tips untuk melancong bersama kawan-kawan. 21 Jan 2019 yang lepas, cuti Thaipusam aku dan kawan-kawan melancong ke Yogyakarta, Indonesia. Kami pergi seramai 8 orang, 3 orang lelaki, 5 orang perempuan. But, in our group ada married couple so adalah bilik yang kami asingkan. Bagi chance juga kat member. 

Untuk pengetahuan semua, tiket kami dah beli 2 tahun awal okay guysssss. Memang awal gilaaa so time tu bayar kat Que sebab dia yang in charge flight dari KL > Jogja > KL. Que tu kawan sis bukan agent pelancongan. Nanti salah faham pulak. Kami pergi ni terjah je negara orang. Masa beli tiket tu, apa jadi semuanya letak tepi dulu, nanti fikir. Nampak sangat perangai tak fikir panjang. Bila dah beli tiket nak tak nak memang kami semua tak boleh nak mengelak dah. Jadi kami akan ada dua tahun untuk standby duit. So, di antara kami ada yang kena cari accomodation, pemandu pelancong, list kan tempat wisata dan aktiviti serta harga tiket. Setahun sebelum pergi, aku yang uruskan accomodation dan aku memilih BeOne House Jogja. Tersangat murah dan selesa! Recommended place! Aku booking 3 bilik iaitu 2 bilik couple, 1 bilik untuk 4 orang. 


Gallery image of this property
Gallery image of this property
Gallery image of this property

Penginapan sangat selesa dan services mereka sangat terbaik. Harga RM 975 untuk 4 malam termasuk breakfast. Korang dah boleh jimat. Tapi disebabkan ada hari kami tak dapat breakfast mereka akan gantikan dengan dinner. Disini juga terdapat services dobi, dobi mereka murah dan puas hati wehhh. BeOne House Jogja ini tak jauh dari airport so balik lepas check out kitaorang tak kelam kabut sebab dekat. 

Untuk pengangkutan pula, kami mendapatkan perkhidmatan daripada Mas Agus . Sangat baik dan murah. Perkhidmatan kami selama 5 hari dari airport hingga pulang ke airport untuk 8 orang dan menggunakan van yang sangat selesa. Cas yang dikenakan sebanyak RM 740. Korang datang sana dan listkan tempat mana nak pergi nanti Mas Agus akan susun sebab kita tak tahu dari tempat nak ke suatu tempat tu jauh atau tak. 

Settle part accommodation dgn transportation. Sekarang aku nak cerita day by day. Satu hari kitaorang dapat pergi 2 tempat sebab one point to another point memang agak jauh. Mostly ambil masa sejam lebih jadi korang puas tidur dalam van. Hari pertama aku ambil flight dari Johor ke KL dan nasib baik tambang murah RM 59 sebab waktu orang bekerja, tiket flight balik dari KL ke Johor pon aku dah beli, cuma RM 39. Sampai di KLIA 2, kami berkumpul 8 orang. Disebabkan tiket flight dr KL 3:30 petang sampai ke Adisucipto International Airport dalam pukul 5:30 petang Indonesia, so kami decide tak pergi mana-2 sebab jet lag lagi. Sampai sahaja di airport kami jumpa dengan Mas Agus, Mas Agus terus bawa kami beli simcard. Harga simcard 125,000 untuk 10GB boleh share 2 orang. Korang buat hotspot dengan member yang boleh ada dengan korang. 

Lepas beli simcard, perut memasing kelaparan. Mas Agus bawa kami ke Restoran Lombok Ijo. Kalau sana tak panggil restoran, sana dipanggil rumah makan. The best about this rumah makan, masuk je korang akan dengar alunan muzik seruling, gamelan yang mendayukan. Feeling terok weehhh tenang, lapar semua combine. Kedai makan ni punya sambal hijau dia, PADU! 


Hari ke-2: Tentative kami untuk hari kedua seawal 7 pagi. Mas Agus pick up kami untuk terus pergi ke Gua Pindul. Aktiviti Gua Pindul ni adalah untuk Cave Tubing dan Tubing River. Tapi masa kami pergi hujan jadi sungai dia tak biru jernih tapi apa nak buat kami redah juga. Harga tiket untuk dua aktiviti ni RP 160,000.00 .






Bakal-bakal dikorban kan. Hahaha

Settle Goa Pindul, kami mandi-mandi dan bergerak ke Pantai Timang. Sebelum nak naik gondola tu, kitaorang kena naik Jeep yang bawa kami ke kedai makan lobster. Part makan adalah part makan paling seronok untuk kami semua. Cas 1 jeep RP 350,000/per trip dan tiket masuk ke kawasan Pantai Timang RP 5,000/ sorang. Lobster sini fresh sangat-sangat dan makan dekat sini semua sedap especially sambal dia. Satu set menu yang ada 4 nasi, 2 pinggan lobster, 1 pinggan sotong goreng tepung dan sayur ulaman. Harga untuk satu kepala makan RM50 tapi korang puas tau makan. 
Muka penakut
Muka budak berani


Nikmat apa lagi yang kau dustakan. 
Masa makan lobster ini adalah 2-3 orang jenis allergic tapi itu semua belaakang cerita wehh. Rezeki macam ni kau tolak, KAU RUGI !!!

Lepas makan, kami gerak ke Pantai Timang untuk naik gondola. Harga untuk naik gondola RP 200,000.00 yea anak-anak. Kalau naik jambatan gantung RP 150,000.00. Pilihan ada di tangan anda semua. Kita belanja gambar okay. 







Disebabkan hujan kami beli baju hujan ni RP 10,000.00


Hari ketiga kami bergerak pagi untuk ke Gunung Merapi. Untuk ke gunung Merapi dikehendaki menyewa Jeep dan satu trip adalah RP 350,000.00. Kawasan sini nyaman sangat-sangat. Kitaorang sebelum pergi memang tak ada kaji selidik ke apa-apa kecuali isu pasal gempa sebab risau. Tapi lepas kitaorang balik Gunung Merapi mengeluarkan lava. Kira bernasib baik juga. Sebelum ke Gunung Merapi, akan melalui setiap checkpoint seperti Stonehenge dan Batu Alien. Banyak cakap tak guna, meh tengok gambar. 












Ini muzium yang menunjukkan bukti sisa harta yang terkena gunung berapi







Selepas ke Gunung Merapi kami semua bergerak ke Borobodur tapi sebelum tu kami makan lunch dulu. Nak tengok hasil tangkapan? Sebelum tu, kalau korang nak tahu, pada tahun 2010 Gunung Merapi ni pernah meletus dan menyebabkan 2 orang maut. Kitaorang tahu pon bila dah balik Malaysia. Tempat mereka di temui mati di Bunker Kaliadem di mana mereka terperangkap dalam shelter yang penduduk kampung buat tapi sebenarnya tempat tu tak selamat. 



Tangkapan kami untuk lunch. 




Bab makan kami semua boleh dapat award. Makanan ni semua habis tau. 

Tiket untuk masuk Candi Borobodur harga dia untuk 1orang adalah RP 350,000.00. Kenapa dia mahal? Sebab dia adalah tempat yang diiktiraf oleh UNICEF. 7 kejaiban dunia dan salah satunya adalah Candi Borobodur. Kat sini kami menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk menerangkan sejarah Candi Borobodur ni dan upahnya sebanyak RP150,000.00. 





Hari ke-4 kami ke Kalibiru sebagai melengkapi perjalananan ke Jogja. Harga tiket ke Kalibiru RP 10,000 dan untuk tangkap gambar disetiap check point harga dia berbeza. Tapi korang boleh standby duit dalam RP 100,000.00 





Mostly di Kalibiru adalah untuk ambil gambar yang cantik, paling best korang kena naik Giant Swing. Sebab dia mencabar keberanian dan kegayatan korang semua. Time kau naik tu orang suruh kau buat peace ke, mini love ke, semuanya macam tak boleh. Tangan tu kaku cuma nak pegang buaian je. Sebab bawah tu GAUNG!







Di Kalibiru, kami memilih untuk tidak naik semua sebab tak nak buang masa. Di Kalibiru, bukan sahaja spot untuk ambil gambar yang cantik macam ni, tapi mereka juga mempersembahkan tarian tradisional iaitu Kuda Kepang yang sangat popular dengan masyarakat Jawa. 

Muka memasing dah kepenatan. Panas yang amat harini. 

Settle Kalibiru, dalam pukul 11-12 kami semua dah kelaparan so kami bergerak ke next destination. Tapi bukan terus ke makan okay. Supir kalini bawa kami ke pusat borong Tshirt untuk dijadikan sebagai souvenirs. Lama juga dari Kalibiru hingga ke pusat tshirt tu kami sempat tidur nyeyak memasing. Sampai pusat tshirt tu, orang-orang dalam kedai tu macam diaorang kena terjah. Mana tidaknya, perut lapar, lepas tu baru lepas baru bangun tidur. Dek pulak kami ni semua badan godang-godang hah, penuh muka pintu. Lepas tu, cari baju dengan design nak sama tapi size tak ada. Salesgirl tu pon naik celaru. 

Disebabkan kelaparan teruk, mas supir bawa kami ke satu kedai makan yang mempunyai 32 sambal menjadi pilihan para pelanggan. Untuk pengetahuan korang yang mana belum menjejakkan kaki ke sini, makanan di sini senang nak order. Sebab main dia mesti nasi, lauk dia pulak mesti ayam, ikan, tempe, tauhu dan semua bergoreng. Tak ada sup atau tomyam ke masak lemak ke. Lepas tu, pilihan paling best SAMBAL!  Tapi jumlah makan kalini cuma RP 310,000.00 untuk 9 orang termasuk mas supir tu. 

Meriahkan makanan kami


Lepas makan tu dah agak petang dalam pukul 3 macam tu, so mas supir bawa kami terus ke tempat batik-batik. Memula kedai batik tulis iaitu batik mahal. Next, kedai batik sederhana murah. Kat sini kami borong kain batik lepas sebab harga batik untuk 2 meter cuma RM 14-RM15. Kualiti dia sangat best sebab sejuk dan lembut. Settle shopping batik, kami dibawa ke Jalan Malioboro. Tempat pelancongan dan shopping paling popular di Jogja. Murah dan paling penting korang kena tahu, bila korang dah menawar pada harga yang sangat rendah make sure korang BELI. 

Dekat Jalan Malioboro, kami habiskan semua Rupiah sebab rugi kalau balik Malaysia tukar balik. Dah alang-alang murah, apa lagi borong lah. Luggage pon dah kongsi untuk tambah. Memang sudah dijangka pon sejak kat Malaysia lagi. Dalam pukul 10, kami selesai shopping kat Jalan Malioboro. Kami ke kawasan pokok Alun-alun Kidul. 

Berdasarkan apa yang Supir bagitahu, pokok Alun-alun Kidul tu kepercayaannya; sesiapa yang lalu dari titik permulaan sehingga ke bawah pokok, dengan menutup mata. Niat dan hajatnya dikabulkan. Dibawah pokok tu, ramai sahaja pelacong melakukan perkara itu sebagai hiburan atau mengisi masa lapang seperti permainan. Kami juga tidak terlepas untuk mencubanya. Lepas penat bermain, kami ambil kesempatan untuk naik kereta berhias. Oleh sebab kepenatan, kami cuma ambil 1 round je. Harga untuk 1 round RP 80,000.00. Best ke tidak? Best sebab penat. 



Hari kelima, kami tak ada pergi mana-mana sebab tiket flight pukul 11:45 pagi. Jadi kami kena check in. Nasib baik hotel dekat dan breakfast juga disediakan. So, sebelum bergerak ke airport sempat juga kami pamitan dulu dengan staff hotel dan bergambar alang-alang hari last pakai baju sedondon. 




So, guys mana destination for next trip?? Korang boleh tonton juga videoclip kitaorang yang aku cuba-cuba edit. Terima kasih kerana membaca posting kali ini. 

Click Here!



Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Love yourself in what matters because only yourself can decide your happiness.

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Bajet Bercuti dalam Kumpulan ke Yogyakarta, Indonesia.
  • Trans Panti, Kota Tinggi
  • Skin Routine Siang Hingga Malam
  • Menawan Gunung Lambak, Kluang, Johor
  • Dari 71 kg turun 69 kg dan masih menuju ke 55 kg.
  • Trip Sarawak with BFF

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

Report Abuse

About Me

My photo
SYASANROSE
'93 | Librarian | Love Yourself | Taufiq's wife
View my complete profile

Search This Blog

BLOG ARCHIVE

Popular Posts

  • Bajet Bercuti dalam Kumpulan ke Yogyakarta, Indonesia.
  • Trans Panti, Kota Tinggi
  • Menawan Gunung Lambak, Kluang, Johor
  • Skin Routine Siang Hingga Malam
SYASANROSEBLOG. Powered by Blogger.

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template